Sabtu, 23 November 2013

ASYURA

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat karena bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Alloh kepada makhluk-nya.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, "Hari ini Alloh memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “ Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu."
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barang siapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Alloh akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun."Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan
bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Alloh membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
(Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Alloh telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.”Jawab Rasulullah, "benar, Alloh telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Alloh menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Alloh memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura."
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam, yaitu :
1.      Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Alloh, maka pada 10 Muharam, Alloh telah menerima taubat Nabi Adam.
2.     Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Alloh menaikkan derajat beliau.
3.     Nabi Nuh a.s turun dari perahu penyelamat bersama umatnya yang beriman, terhindar dari air bah dan taufan yang dahsyat.
4.     Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Alloh) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud.
5.     Alloh menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang.
6.     Alloh mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Alloh telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza.
7.     Nabi Musa as mendapat anugrah kitab Taurat ketika beliau berada di bukit Thursina (Sinai) dan Saat diselamatkannya beliau dari pasukan Fir'aun saat menyeberangi Laut Merah. 
8.     Alloh juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi karena kezaliman mereka.
9.     Alloh SWT menerima taubat Nabi Yunus as , dan menyelematkan beliau dari perut ikan nun (jenis ikan yang sangat besar).
10.   Alloh juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Tidak ada komentar:

Posting Komentar