Kamis, 24 April 2014

SUMAYYAH, SIMBOL KETEGUHAN WANITA

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. 
          Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikuruniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.
          Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.
          Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahwa keluarga Yassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza.
          Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbun dengan pasir yang sangat panas.Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudian dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaksa Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, yaitu syurga.
          Suatu hari ketika Ammar mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, “Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga.” Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan
Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.
          Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah Al Ankabut, ayat 2).



Tidak ada komentar:

Posting Komentar